Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Zurk Ahmad
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat
Vaksinasi sangat penting pada ketika ini. Berdasarkan laporan terkini kita boleh lihat kesan awal vaksinasi berdasarkan statistik jumlah kes positif COVID-19 semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada 14,516 kes positif, sebanyak 92% tiada sejarah vaksinasi. Ini bermaksud mereka ini tidak pernah atau belum sempat menerima vaksinasi.
Sebanyak 97.9% daripada 95 pesakit dalam kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan) tidak ada sejarah vaksinasi.
Sejumlah 85.7% daripada 77 kes kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) juga tidak mempunyai sejarah vaksinasi.
Manakala bagi kes tiada sejarah vaksinasi yang lain pula menyaksikan kategori 3 (67% – radang paru-paru), kategori 2 (87.6% – bergejala ringan) dan kategori 1 (95.6% – tidak bergejala).
Oleh itu, kita boleh simpulkan bahawa program vaksinasi yang semakin memberangsangkan pada ketika ini adalah jalan keluar terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor