Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
GOMBAK, 25 Julai – Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Gombak melalui NGO UMI Care telah menyantuni mereka yang dikuarantin dan mereka yang positif Covid 19.
Menurut sukarelawan UMI Care, mereka ini adalah daripada kalangan guru-guru PASTI dan penduduk sekitar Taman Greenwood.
Terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang sudi berkongsi sebahagian harta anda semua bersama mereka yang memerlukan bantuan.
Semoga Allah SWT membalas jasa para penderma dan para sukarelawan yang sama-sama terlibat dalam aktiviti kebajikan ini dan juga semoga Allah memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti virus ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor