Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia Kuala Langat santuni frontliners di PPV – PAS Kawasan Kuala Langat

83
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

KUALA LANGAT, 25 Julai – Kes harian kini telah mencecah angka 17 ribu, angka tertinggi sepanjang wabak Covid-19 melanda negara kita. Sudah pasti insan yang paling sibuk ketika ini adalah para pejuang barisan hadapan (Frontliners) yang bertungkus lumus setiap masa dan ketika memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Bagi menghargai jasa mereka, Ust Hanif J bersama Sdr Nizam daripada Khidmat Malaysia Kuala Langat telah menyantuni para petugas barisan hadapan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SK Kg Bumbun Pulau Carey.

Dikhabarkan lebih daripada 400 orang asal dari 4 buah kampung hadir untuk menerima vaksin disana. Team Khidmat Malaysia Kuala Langat turun memberikan sumbangan makanan kepada petugas bahagian kecemasan Hospital Banting serta untuk para ‘food rider’ di sekitar pekan Banting.

May be an image of 1 person and standing

Semoga usaha ini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada para fronliners dalam memikul bebanan tugasan disaat pandemik Covid-19 yang semakin mengganas termasuk varian-varian lain baru dikenalpasti dan juga semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan buat para frontliners negara dalam memikul amanah negara untuk membawa pulang keamanan negara menentang pandemik ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor