Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Umar Al-Hayawi
SUNGAI BESAR | PAS Kawasan Sungai Besar meneruskan lagi aktiviti kebajikan mereka dalam misi membantu dan memastikan tiada rakyat yang kelaparan serta berada dalam kesusahan. Mereka turut menyatakan rasa syukur kepada Allah SWT, apabila seorang makcik yang mereka bantu ini yang diuji dengan strok telah beransur pulih dan mampu menguruskan diri sendiri. Sudah mampu menapak sedikit demi sedikit.
Team kebajikan PAS Sungai Besar telah menyampaikan bantuan barangan asas kepada 2 buah keluarga di sekitar Kampung Baru Nelayan, Sungai Haji Dorani. “Di usia senja kini, mereka hanya mampu mengharapkan anak-anak untuk menyara keluarga”, nyata PAS Sungai Besar.
Menurut laporan, sebuah keluarga yang telah ditemui, si ayahnya hanya mampu berkerusi roda dan tidak mampu berjalan seperti biasa serta hanya bergantung harap kepada anak-anak untuk mencari rezeki. Team mereka juga telah menyampaikan sumbangan kepada seorang nenek yang membawa cucunya dan berjumpa kami untuk memohon sedikit barangan asas.
Semoga mereka yang diuji dengan masalah kesihatan dan terjejas kehidupan diberi kekuaatan dan ketabahan dalam meneruskan kelangsungan hidup di masa-masa sukar negara melawan pandemik Covid-19. Terima kasih juga diucapkan kepada para penyumbang yang telah banyak menyumbang. Sebahagian sumbangan tersebut telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor