KEMAMAN, 13 Julai – Penantian puluhan tahun oleh warga Ranggong Kertih di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik bagi menerima capaian internet yang baik akhirnya bakal direalisasikan.
Sebahagian besar warga Pengkalan Ranggong dan Ranggon Estate bakal menerima liputan Internet 4G yang baik selewat-lewatnya Ogos 2021.
Kerja-kerja akhir proses percubaan dan penentukuran sedang dijalankan oleh pihak kontraktor dan dijadualkan siap sepenuhnya pada akhir Julai 2021 ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili bersama Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) Terengganu, Mohd Fairus Muhamad dan pihak kontraktor Maxis turun ke tapak pembinaan menara telekomunikasi baharu yang telah siap dibina di Kampung Pengkalan Ranggon Kertih.
Namun bagi memastikan capaian 4G sepenuhnya diterima bermula dari Perumahan Damansara Kertih, Bukit Cakul Kertih sehingga ke Kg. Batu Putih Kertih, pihak SKMM dan kontraktor akan membina satu lagi menara komunikasi baharu di Pengkalan Ranggong dan menaik taraf menara di Batu Putih dengan perkakasan 4G.
Kawasan yang akan dibina satu lagi pencawang baharu nanti.
“Semoga segala halangan dan kesukaran yang berlaku sekian tahun bagi membolehkan anak-anak untuk belajar di rumah serta warga kampung untuk bekerja dari rumah akan selesai tidak lama lagi,” kata Ir Saiful.
Menurut MCMC, melalui usaha-usaha yang diambil itu, penduduk kini dapat melaksanakan pelbagai aktiviti seharian seperti tujuan pembelajaran, bekerja dari rumah, perhubungan mahupun aktiviti ekonomi dalam talian dengan lancar,” katanya.