Home Berita PAS Selangor

Tausiyah Ramadhan DUPNS 14 | Sistem Akhlah Dalam Islam

636
SHARE


Tausiyah Ramadhan DUPNS 14

Sistem Akhlah Dalam Islam

Maksudnya:
“Apabila kita melihat kepada sistem akhlak dalam Islam ianya akan jelas kepada kita bahawa akhlak bukanlah satu juzu’ dari sistem Islam yang umum semata-mata.
Akan tetapi sesungguhnya kami dapati bahawa akhlak diumpama jauhar Islam, ruh Islam yang bergerak dalam setiap sudut-sudut Islam. Maka sistem Islam secara umumnya terbina diatas falsafah akhlak secara asasnya.”

Ramadhan adalah bulan yang mendidik dsn membentuk akhlak terpuji para hamba dan para pejuang.

Perjuangan Islam tanpa akhlak adalah perjuangan yang mati ibarat jasad tanpa ruh. Ini kerana akhlak adalah ruh kepada Islam dan perjuangan Islam.

Islam adalah akhlak tidak ada makna Islam pada diri seorang pejuang tanpa akhlak. Semoga Allah menghiasi diri para pejuang dengan akhlak Baginda SAW dan para sahabat RA.

Sejahtera Bersama Islam

Lajnah Tarbiyah Dewan Ulamak PAS Selangor