Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor, Al-Fadhil Ustaz Rizuan Rahmat yang baru menghembuskan nafas terakhirnya petang ini di Hospital Sungai Buloh.
DMPNS merasa dukacita kerana kehilangan seorang pemimpin yang berjiwa kental dan istiqamah dalam perjuangan sehingga akhir hayatnya. Almarhum merupakan seorang pemimpin yang hebat dalam menggerakkan dan memimpin kerja-kerja jemaah dan dakwah dilapangan di negeri Selangor.
Semoga Allah Swt menempatkan rohnya bersama-sama dengan golongan orang yang soleh.
Al-Fatihah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor