“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Bangi | Sukarelawan Khidmat Malaysia yang terdiri daripada NGO-NGO lain amat aktif dalam membantu para frontliners negara mengharungi wabak Covid-19. Seperti penubuhan TaskForce Khidmat Malaysia yang khas membantu dalam situasi Covid-19 ini.
Tuan Shehdi Hazrik selaku Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor menceritakan bahawa beliau telah diberi ruang bersama-sama Dr Firdaus, Pengerusi Papisma Selangor untuk berjumpa dengan pegawai-pegawai kesihatan Daerah Hulu Langat.
Menurut beliau, mereka menawar khidmat sukarelawan Khidmat Malaysia kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang membuka Pusat Pemberian Vaksin PPV di Klinik Kesihatan, dan tawaran mereka telah disambut baik.
“InshaAllah para petugas Amal, Briged Muslimat dan Ameerah kawasan Hulu Langat dan Bangi boleh mula bertugas di 2 klinik yang ditawarkan, iaitu Klinik Kesihatan Bangi dan Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra”, sambung beliau.
Semoga sumbangan tenaga dan usaha yang diberikan sahabat sekelian mampu menjadi perhitungan amal baik buat bekalan kita bersama di akhirat sana. Amin.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor