Home Berita PAS Selangor

Hari ke-24 : Sumbangan kepada penjaja tepi jalan – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

81
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Hidup penjaja jalanan yang mengharungi pelbagai ujian dan cabaran demi membawa pulang wang halal untuk menyara keluarga. Ada diantara mereka yang bernasib baik mempunyai banyak pelanggan dan ada juga yang tidak, perlu menunggu seharian dengan cuaca yang kadang-kadang panas terik dan kadang-kadang perlu mengharungi hujan yang lebat.

Saudara Muhammad Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care Malaysia menyatakan bahawa, Team Syabab Care Malaysia dengan kerjasama PAS Cawangan Taman Samudera Utara telah sampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga peniaga nasi ayam tepi jalan di sekitar Gombak. Menurut beliau, keluarga tersebut ada memohon kepada Team Syabab Care untuk bantu keluarga mereka kerana pendapatan tidak cukup untuk perbelanjaan keluarga.

Tambah-tambah lagi beliau bakal mendapat anak baru tidak lama lagi dan isteri beliau pula tengah sarat mengandung. Team Syabab Care amat bersimpati dengan apa yang berlaku dan segera membantu sediakan barangan keperluan harian dan sejumlah wang kepada mereka. “Alhamdulillah, ada rezeki untuk mereka, dapat kami serahkan sumbangan barang-barang keperluan harian kepada mereka”, sambung beliau lagi.

Semoga dengan sumbangan hasil infaq orang ramai dapat meringankan bebanan keluarga ini di musim pandemik Covid-19. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor