Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Sumbangan harian pek kecemasan lockdown berjalan seperti biasa di sekitar kawasan Kota Raja sepanjang PKP 3.0 yang sedang berlangsung. Operasi program berjalan seperti berikut :
1. Berpusat di Pusat Operasi Kompleks KRCAMALSELANGOR
2. Terdapat team runner yang bergerak ke beberapa destinasi yang telah ditetapkan untuk menyampaikan sumbangan.
3. Program edaran 100 makanan siap bermasak oleh dapur Amal KRCAMALSELANGOR bertempat di gerai Asnaf Cawangan 1, berhadapan Lorong Mastam, Jalan Kebun sedia untuk diberikan.
PAS Kota Raja dalam satu kenyataannya menjelaskan bahawa ramai warga tempatan yang terputus bekalan kerana kehilangan pekerjaan kerana operasi kilang ditutup, pekerja kontrak dan sebagainya. Ada juga yang kemalangan dan dicutikan tanpa gaji.
Semoga mereka yang diuji bersabar dan InsyaAllah KRCAMALSELANGOR mewakili PAS Kota Raja sedia untuk turun membantu dan juga mari kita sama-sama doakan kebaikannya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor