Home Berita PAS Selangor

Majlis Berbuka Akademi Tahfiz Mandarin Catat Sejarah

860
SHARE

Akademi Tahfiz Mandarin (ATM), Pulau Ketam telah mencatat sejarah apabila berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Antara Budaya yang menarik minat penduduk tempatan yang berbangsa Tiong Hua untuk hadir berbuka bersama para pelajar dan warga kerja Akademi Tahfiz tersebut.


Menurut Pengarah ATM, Ust Mohamad bin Ibrahim, yang juga lebih dikenali dengan Ust Mad Cina, program yang julung kali diadakan ini mendapat pujian banyak pihak apabila berjaya membuktikan keterbukaan Islam itu sendiri.

“Selain itu, kami mahu mengajak orang bukan Islam merasakan sendiri kemeriahan umat Islam berbuka puasa, dan memperkenalkan Islam adalah sebuah agama yang penuh muhibbah dan harmoni.”

“Ramai penduduk begitu teruja, dan kita akan menganjurkan program sebegini dengan lebih besar lagi”, ujar beliau lagi.

Program ini turut disertai oleh AJK Lajnah Dakwah PAS Pusat, Ust Azman Shafawi dan AJK Ulamak PAS Selangor, Ust Hj Ibrahim Omar yang turut menyampaikan kuliah ringkas.

Like & share : https://facebook.com/perpaduan.nasional