Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Shah Alam | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor Menjunjung Titah KDYMM Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong bersama Duli-duli Raja-raja Melayu terhadap isu yang melanda negara kini.
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor menyatakan, penglibatan aktif Tuanku YDPA dan Majlis Raja-raja dalam membincangkan hal ehwal negara menunjukkan keprihatinan tinggi Tuanku-tuanku terhadap masa hadapan negara dan kebajikan rakyat jelata.
Peranan Tuanku YDPA dan Majlis Raja-raja adalah penting dalam memastikan kestabilan negara terjamin dan konsep ‘check and balance’ berjalan dengan baik.
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor terus konsisten dalam mendukung kedaulatan institusi Raja Berperlembagaan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negara. Daulat Tuanku!
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor