Home Kenyataan Media PAS Selangor

Kemelut politik negara : Ingatan kepada yang benar-benar mau beringat – PJ PAS Selangor

190
SHARE

May be an image of 2 people, people sitting and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

Kemelut Politik Negara : Ingatan Kepada Yang Benar-Benar Mau Beringat

Oleh : YB DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Pesuruhjaya PAS Selangor

Apa yang telah berlaku menjadi sejarah, mesti ada hikmahnya Allah jadikan ingatan kepada ummah terkemudian.

Kerajaan PH yang mentadbir bergelut semata-mata untuk kuasa akhirnya tumbang dengan kesilapannya sendiri, meletak jawatan dan itupun masih menuding kepada orang lain.

Sejarah ini tidak akan pernah terpadam. Ibarat kata pujangga “elephant fight elephant, grass will suffer”. Kerajaan PN inilah menjadi penyelamat kepada rakyat selepas 2 gajah bergaduh.

Manifesto yang menjanjikan seolah-olah bulan dan bintang boleh diberi kepada rakyat, berjaya membawa gelombang kemenangan PRU14. Akhirnya gagal ditunaikan dengan alasan Malaysia sudah tidak “berduit” disebabkan kerajaan BN dulu.

Kononnya Kerajaan PH terpaksa membuat pinjaman dari negara luar. Akan tetapi hairan juga apabila kerajaan PN mentadbir masih ada berbillion duit dalam negara yang boleh diguna untuk rakyat dan pentadbiran negara. Tak perlu pinjam dari negara luar pun.

Kumpulan yang ekstrem kepada Islam, ummah, Raja dan negara sehingga mahu mengganggu urusan agama Islam nampak “naik muka” apabila ada kumpulan Islam yang bersekongkol atas nama “rahmatan lil alamin”. Perlembagaan Malaysia dan Institusi Raja pun mahu dicabuli.

Ayuh anak muda dan seluruh rakyat Malaysia yang majmuk kita terus tolak Jajaran PH ini kerana ia akan memudaratkan negara kita dan merosakkan kemajmukan sosial kehidupan.

10 Zulkaedah 1442H | 21 Jun 2021