Media Berimpak Kebenaran Bertapak
Oleh : Walid Ameerul Haq
IPOH : Menyedari kepentingan membentuk acuan media berorientasikan landasan syariat, penganjuran Konvensyen Penerangan dan Media Baharu wajar menjadi langkahan pertama bagi semua Jentera Penerangan PAS setiap peringkat.
Teknikal dan taktikal mengharmonikan penerangan melalui semua platform yang ada perlu difahami sebaiknya agar tidak sentiasa berada dalam zon selesa.
Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri berkata demikian ketika di hubungi selepas program tersebut.
Ujar beliau, pendekatan media baharu mesti sentiasa segar bagi menarik rakyat menjadikan segala maklumat yang disebarkan sampai kepada semua peranti rakyat Malaysia.
Tambahnya, kekuatan PAS adalah memiliki jentera penerangan setiap peringkat cuma memerlukan penyusunan kerja dan bahan lebih sistematik.
” Jentera wajar memahami aspirasi yang ingin dibawa oleh parti agar ianya di bumikan kepada rakyat Malaysia.
” Sentiasa cepat dan cermat dalam memberikan sesuatu pandangan dengan sandaran syariat sekaligus mendidik masyarakat menyampaikan maklumat tepat tanpa dicemari fitnah,” tegasnya lagi.