INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kapar | Banyak NGO-NGO di seluruh negara yang berganding bahu membantu kalau boleh setiap insan yang memerlukan. Disebabka pandemik yang semakin parah, maka kegiatan mereka dalam membantu yang memerlukan juga semakin giat.
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh ketika dihubungi melaporkan bahawa, NGO Khidmat Malaysia, DAIE dan InPaK telah turun menyantuni dan memberi sumbangan kepada 30 keluarga di sekitar kawasan Kg Perepat. Sebahagian daripada mereka diuji dengan positif Covid-19 dan ada yang telah sembuh.
Semoga segala bantuan dapat meringankan sedikit beban rakan-rakan kita yang memerlukan dan juga semoga kita semua dilindungi oleh Allah Yang Maha Pengasih daripada wabak covid-19 ini, InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor