Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Wabak Covid-19 telah meruntuhkan segala kemenagan ekonomi daripada keruntuhan ekonomi negara sehinggalah keruntuhan ekonomi individu yang antara asbabnya adalah dibuang kerja dan kehilangan punca pendapatan.
Alhamdulillah PAS Kawasan Kota Raja mengucapkan syukur, dimana program kemasyarakatan PAS kawasan Kota Raja melalui KRCAMALSELANGOR berjalan dengan lancar sepanjang masa terutama dalam situasi yang mencabar sekarang.
Mereka menyatakan bahawa, hal ini dapat membuktikan bahawa PAS sentiasa cakna dan prihatin dengan hakikat kehidupan rakyat yang semakin hari semakin ramai memerlukan perhatian dan bantuan. Rakyat marhean menilai sebuah parti politik bukan hanya kerana kebijaksanaan berteori atau berdebat, juga berceramah.
Tetapi juga kesungguhan bersama merasai perit dan derita terutama anak-anak kecil yang ibubapa kehilangan pekerjaan, pendapatan dan tidak lagi mampu menyara terutamanya daripada segi sumber makanan. Semoga Allah memberkati segala usaha kebajikan dan menceriakan penerimanya.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor