Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Tanjong Karang | Senyuman yang terukir dibibir para penerima merupakan bukti mereka yang memerlukan sangat menghargai pemberian walaupun ia nampak sangat ringkas.
Dewan Muslimat PAS kawasan Tanjong Karang yang diwakili Bendahari PAS cawangan Taman Desa Mawar Saudara Azhar Ahmad telah menyerahkan sumbangan kepada beberapa penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Penyerahan bantuan diadakan dengan serba ringkas bagi mematuhi SOP dan keselamatan. Bantuan yang diserahkan berupa beras dan pek makanan keperluan asas harian.
Menurut mereka, kutipan sumbangan dana bantuan ini telah diusahakan oleh Dewan Muslimat PAS kawasan Tanjong Karang bagi meraikan infaq para penyumbang.
Semoga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban para penerima dan sebaik baik ganjaran dari Allah SWT kepada para penginfaq, InshaAllah.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor