Home Berita PAS Selangor

Hari ke-18 lockdown : menitis air mata melihat anak kecil – Naib Ketua Pemuda DPPN Selangor

148
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | “Ayah mana, ayah mana? Tanya seorang anak kecil kepada ibunya.” cerita seorang ibu tunggal kepada team Syabab Care. Ibunya kelu tidak terkata. Tak tahu nak jawab apa kepada soalan anak sulung mereka yang berumur 4 tahun. Ayahnya baru sahaja meninggal dunia akibat Covid-19 baru-baru ini.

Cerita Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Muhammad Fadzli Abu Bakar setelah mendengar cerita ini, “air mata tak boleh nak tahan dah. Terus keluar secara automatik. Sedih melihat derita yang terpaksa ditanggung oleh seorang isteri dan 2 orang anak ini”.

Menurut beliau, panjang lagi cerita sedih yang dikongsikan kepada mereka tetapi tak sanggup nak cerita. Ini kes pertama yang mereka uruskan di depan mata.

Syabab Care Malaysia telah membantu seorang ibu tunggal dengan dua orang anak yang baru kematian suami akibat Covid-19. “Kali pertama tak dapat nak tahan sedih melihat keadaan mereka lebih-lebih lagi bila tengok dua orang anak yang masih kecil telah kehilangan ayah tercinta”, sambung beliau lagi.

Si ibu mohon bantuan untuk diuruskan perkara-perkara teknikal urusan Covid-19 ini. Team Syabab Care bantu uruskan sehingga selesai. Mereka hulurkan sedikit duit belanja sementara hendak tinggal di sini sebelum anak-beranak sekeluarga tersebut balik ke kampung. InsyaAllah, Team Syabab Care akan susuli lagi dengan bantuan barang-barang keperluan harian.

Team Syabab Care Malaysia ingin menyeru kepada orang ramai untuk membantu golongan susah dan memerlukan seperti ini. Dengan sumbangan hasil infaq orang ramai, ia dapat meringankan bebanan keluarga seperti mereka ini di musim pandemik Covid-19.

“Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Sumbangan boleh disalurkan ke:

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor