Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Telah menjadi rutin bagi Lajnah Kebajikan PAS Gombak dan NGO Ma’ruf Care untuk mengutip sumbangan dari rumah ke rumah pada setiap pagi hari Jumaat bagi kegunaan program Jumaat Barakah iaitu pada hari yang sama, para sukarelawan Ma’ruf Care yang turun mengedarkan juadah barakah kepada beberapa buah keluarga di sekitar kawasan Gombak.
Pada program Jumaat barakah kali ini, sukarelawan Ma’ruf Care turun mengedarkan juadah barakah kepada beberapa keluarga di sekitar Sungai Chincin, PPRT Batu 7 dan Kampung Sungai Salak. Menurut mereka, sebanyak 10 keluarga menerima manfaat tersebut dan mendoakan agar keberkatan dan keafiatan buat penyumbang yang sudi berkongsi kebaikan.
“Syukur Ya Allah hadirkan rezeki yang tak disangka hari ini”, merupakan luahan di antara para penerima juadah barakah dari Ma’ruf Care. Terima kasih kepada sukarelawan Ma’ruf Care yang turun bersama, kak Jah dan kak Mas.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor