BAGAN SERAI: Pada waktu biasa sesetengah perkara itu tidak menjadi kesalahan namun pada situasi yang lain mungkin menjadi sebaliknya.
Contohnya seperti mengadakan majlis atau program bersama rakyat sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan.
Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang daripada bantuan-bantuan khususnya dari pihak kerajaan untuk disampaikan kepada rakyat. Namun pematuhan peraturan supaya matlamat PKP tercapai haruslah diikuti.
Menyedari hakikat itu, seramai enam penerima bantuan khairat kematian diarahkan hadir menerima cek sumbangan berjumlah RM500 secara bergilir dengan mematuhi SOP ditetapkan bagi mengelakkan perkumpulan orang ramai di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Gunung Semanggol tengah hari tadi.
Cek disampaikan oleh YB Tuan haji Razman Zakaria selepas selesai program ‘Seminar Santai Pekebun, Petani dan Penternak Era PKP 3.0’ melibatkan tiga agensi utama dari Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).