Home Berita PAS Perak

Bantuan Kerajaan Negeri Perak Fasa 3.0 | INFO PERAK

903
SHARE
BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK FASA 3.0
Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021
-bernilai RM19.5 juta
Fokus utama PRE
1. Menjamin kelangsungan hidup rakyat yang terjejas termasuk keluarga miskin iaitu kalangan B-40, gelandangan, penjaja dan peniaga kecil, belia, petani dan operator-operator sektor pelancongan yang terkesan
Inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021
1.Pengecualian Sewaan Rancangan Perumahan
– Pengecualian bayaran sewaan bagi program Rancangan Perumahan Awam (RPA) selama satu (1) bulan (Jun 2021) kepada 24 penerima
– Pengecualian Bayaran Sewaan Program Perumahan Rakyat selama satu (1) bulan (Jun 2021) kepada 41 penerima.
2. Moratorium Pinjaman dan Sewa Beli Perumahan
– Moratorium bayaran balik pinjaman Rumah Harapan selama satu (1) selama bulan (Jun 2021) kepada 69 penerima.
– Moratorium bayaran balik pinjaman Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) satu (1) bulan (Jun 2021) kepada 443 penerima
– Moratorium bayaran sewa beli program Rancangan Perumahan Awam (RPA) selama satu (1) bulan (Jun 2021) kepada 690 penerima
3.Pengecualian sewaan gerai dan bantuan one-off Penjaja / Peniaga Kecil
– Pengecualian sewaan gerai di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selama satu (1) bulan( Jun 2021) melibatkan 10,264 gerai dengan kos RM1,602,924.00.
– Bantuan one-off RM300 kepada 47,226 penjaja dan peniaga kecil yang berlesen yang akan disalurkan menerusi PBT dengan jumlah kos RM14,167,800.00.
4. Moratorium Pinjaman Pengajian Tinggi Perak selama satu (1) bulan (Jun 2021) kepada 228 pelajar.
5. Penubuhan Pusat Penempatan Gelandangan Sementara di Kinta*l melibatkan kos sebanyak RM750,000.00.
6. Sektor Pelancongan
– Pengecualian bayaran pembaharuan lesen hotel kepada 565 hotel yang berdaftar*l dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melibatkan kos sebanyak RM448,048.38.
– Bantuan khas one-off RM3,000 kepada Persatuan Hotel Malaysia Negeri Perak (MAH Perak) melibatkan 80 ahli dengan perbelanjaan sebanyak RM240,000.00.
– Bantuan khas one-off RM2,000 kepada Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah (PUHAZ) kepada 35 ahli dengan perbelanjaan sebanyak RM70,000.00.
– Bantuan khas one-off RM2,000 kepada pengurusan homestay melibatkan 11 pengurusan homestay dengan perbelanjaan sebanyak RM22,000.00.
– Bantuan khas one-off RM500 kepada pemandu bot pelancongan (Pulau Pangkor, Temenggor, Teluk Intan, Kuala Sepetang dan Kg. Dew Kelip-Kelip) melibatkan 400 penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM200,000.00.
– Baucar Pelancongan #TravelPeraklah Fasa 4 kepada Persatuan Pengusaha Spa Negeri Perak dan Persatuan Umrah, Haji dan Ziarah (PUHAZ) dengan perbelanjaan sebanyak RM368,000.00.
7. Cukai Tanah
-Pengecualian denda lewat diberikan mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021 bagi semua hakmilik.
-Pemberian diskaun Tunggakan Cukai Tanah mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021 seperti perincian berikut:-
a. 20% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan melebihi RM1,000,000.00 (bayaran sekaligus);
b. 15% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan antara RM500,000.00 hingga RM999,999.00 (bayaran sekaligus); dan
c. 10% pengurangan Tunggakan Cukai Tanah untuk tunggakan di bawah RM500,000.00 (bayaran sekaligus).
-Pemberian Diskaun Strata (Cukai Petak) Bagi Kategori Perniagaan sebanyak 20% untuk bayaran cukai petak bagi tahun semasa melibatkan 9,051 petak bagi kategori perniagaan sahaja mulai 1 Jun sehingga 31 Ogos 2021.
-Selain daripada cukai tanah dan tunggakan cukai tanah, urusan-urusan berkaitan tanah juga seperti urusan terkesan dalam tempoh PKPD yang melibatkan tempoh masa. Antara cadangan bagi memudahkan dan meringakan beban rakyat untuk berurusan berkaitan tanah adalah seperti berikut:-
a. Pengecualian denda lewat bagi perserahan urusniaga bagi mana-mana perserahan yang tamat semasa tempoh PKPD dikuatkuasakan.
b. Pelanjutan tempoh Notis 5A dan 7G Kanun Tanah Negara 1965 (jika tamat dalam tempoh PKPD) secara automatik selama satu (1) bulan dari tarikh PKPD ditamatkan dan pengecualian fi permohonan.
c. Pengecualian denda lewat bagi kutipan hakmilik yang tamat semasa tempoh PKPD dan diberi lanjutan satu (1) bulan untuk membuat bayaran.
d. Pelanjutan tempoh kelulusan satu (1) bulan bagi surat kebenaran pindahmilik / gadaian / Pajakan yang tamat dalam tempoh PKPD.
8. Pertanian dan Perikanan
– Program Khas Tani Pasca COVID-19 merangkumi bahan-bahan input ladang sebanyak RM3,000 melibatkan 120 petani dengan jumlah peruntukan RM360,000.00
– Program Kebun Kita pemberian kit tanaman sayur-sayuran kepada 3,660 penerima dengan peruntukan RM300,000.00
– Program Perikanan Bandar pemberian bantuan benih, input makanan, kabin dan aksesori, program pembangunan modal insan peserta dan pensijilan amalan akuakultur baik myGAP dengan peruntukan RM309,940.00
– Bantuan peralatan aktiviti penuaian hasil projek dengan kos sebanyak RM115,800.00.
– Bantuan kotak makanan kepada 700 nelayan darat yang terjejas dengan bantuan bernilai RM100.00 seorang dengan kos keseluruhan RM70,000.00.
– Pemberian Input ternakan benih dan makanan ikan kepada 90 penternak kecil dengan kos sebanyak RM180,000.00
9. Peruntukan RM2 juta kepada 8 Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) bagi tujuan penyediaan bantuan makanan keperluan kepada golongan yang terjejas sepanjang lockdown.
-Peruntukan sebanyak RM400,000 bagi daerah PDT Manjung
-Peruntukan RM200,000 bagi setiap PDT melibatkan PDT Kerian, Batang Padang, Hilir Perak, Selama, Perak Tengah, Kuala Kangsar dan Kampar.
10.Peruntukan tambahan RM200,000 kepada PDT Hulu Perak.
Sumber : Komunikasi Strategik Perak – Stratcom