“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Gombak | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kawasan Gombak meneruskan kerja-kerja kebajikan menyantuni keluarga India yang terkesan dengan suasana Covid-19. Menyedari senario terkini negara sedang berdepan risiko pandemik.
Ketua DHPP Gombak Puan Sarojeeni terus mendapatkan maklumat dan mengerakkan kerja kebajikan menyantuni mereka yang ditimpa kekangan dalam survival hidup. Sumbangan barangan dapur dan makanan asas kepada keluarga non Muslim di Taman Sri Gombak.
Pasangan dan keluarga yang terpilih tersebut telah kehilangan perkerjaan semasa Covid-19 dan mereka mempunyai anak yang kecil. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ust. Fadzli Bakar daripada NGO Syabab Care. Turut bersama dalam rombongan Kebajikan tersebut Puan Shantrika AJK DHPP Gombak.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor