Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Pelbagai inisiatif telah diambail oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membantu rakyat mengharungi wabak Covid-19. Kebun Amal dan Dapur Amal milik sebuah entiti yang berdaftar di bawah Khidmat Malaysia Negeri Selangor iaitu NGO KRCAMALSELANGOR yang telah berkongsi segala hasil tanamam kebun mereka bersama-sama rakyat tempatan.
KRCAMALSELANGOR telah menyumbangkan hasil daripada kebun Amal mereka berbentuk sayur-sayuran seperti kangkung dan bayam. Mereka turut megedarkan 100 pek makanan ‘Ready2Eat’ daripada dapur Amal KRCAMALSELANGOR. Hasil bumi dan masakan tersebut telah dikongsikan bersama warga DUN Selat Klang.
Menurut mereka, Program tersebut di ketuai oleh Relawan Hj Azraee Harun Dan Dr Hjh Halimah Ali. Tidaklah sukar menceriakan hati orang-orang yang memerlukan dan ternyata mereka sangat menghargai. Semoga Allah merahmati semua dari sekecil-kecil sedekah dan kebajikan yang diberi.
(Al hasan berkata Nabi Muhammad SAW bersabda) : “Perbanyaklah kenalan orang-orang fakir miskin dan berbudilah kepada mereka karena mereka kelak akan mendapat kekuasaan.” Sahabat bertanya: “Apakah kekuasaan mereka, ya Rasulullah?” Jawab Nabi Muhammad SAW : “Bila tiba hari kiamat maka dikatakan kepada mereka : “Perhatikan siapa yang dahulu pernah memberimu makanan atau minuman seteguk atau pakaian sehelai baju, maka peganglah tangannya dan tuntunlah kesyurga.”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor