Home Berita PAS Selangor

SUHAKAM : Apa peranan sebenarnya? – Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor

1108
SHARE

May be an image of text that says "SUHAKAM M s U Η κ A HAK ASASI UNTUK SEMUA"

Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Prof Madya Dr Fuad Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor

SUHAKAM yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 3 April 2000, 21 tahun yang lalu melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 atas desakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik untuk memelihara 3 perkara utama yang terkandung dalam Perlembagaan Persektuan iaitu
1. Hak untuk bersuara
2. Hak untuk bergerak
3. Hak untuk berhimpun.

Hasrat penubuhannya dianggap sesuatu yang murni kerana tujuannya untuk memsatikan rakyat Malaysia bebas melakukan ketiga-tiga perkara di atas. Kerajaan menyediakan bajet tahunan berjumlah jutaan ringgit untuk memastikan peranan SUHAKAM dapat dimainkan dengan jayanya. Sebagai contoh, SUHAKAM mendapat peruntukan sebanyak RM10,116,300 dalam Bajet 2018.

Saya melayari portal SUHAKAM https://suhakam.org.my/ms/about-us/ hari ini (15/6/2021) dan memilih “Malay” sebagai Bahasa pilihan namun amat menyedihkan apabila portal berkenaan memaparkan Sejarah Penubuhan dan Perutusan Pengerusi dalam Bahasa Inggeris. Selepas lebih 22 tahun ditubuhkan dan mendapat peruntukan daripada Bajet kerajaan berjumlah jutaan ringgit setiap tahun, SUHAKAM seperti tidak menghormati Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara. Apakah terlalu sukar untuk SUHAKAM menyediakan maklumat dalam Bahasa Melayu?

Saya paparkan tangkap layar portal SUHAKAM untuk tatapan pembaca. Namun ini bukanlah isu yang saya mahu bincangkan hari ini. Ada isu lebih besar mengenai SUHAKAM yang ramai tidak tahu.

Saya berharap dengan tulisan ini akan lebih ramai yang menyedari siapa SUHAKAM dan apa yang SUHAKAM perjuangkan selama ini. Rakyat perlu bersuara agar bajet tahunan berjuta ringgit untuk SUHAKAM digunakan untuk membantu kerajaan menjaga keharmonian dan memelihara hak-hak rakyat dalam negara, bukan hak yang bertentangan dengan fitrah manusia dan bertentangan dengan undang-undang negara.

Tawaran kajian bertajuk Feasibility of Having Legislation on the Recognition of a Third Gender in Malaysia (https://suhakam.org.my/ms/…) adalah satu cubaan ke arah mengiktiraf perbuatan luar tabii iaitu transgender di dalam negara kita yang meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan. Kajian yang akan dijalankan oleh SUHAKAM ini bukan sahaja bertentangan dengan Islam malah undang-undang negara yang menyifatkan hubungan transgender adalah seks luar tabii. Ia jelas dinyatakan di dalam Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Sementara itu Portal Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah tajuk SEKS DI LUAR TABII menyenaraikan Gay / Lesbian / hubungan seks dwi jantina sebagai seks luar tabii (http://www.myhealth.gov.my/seks-di-luar-tabii/)

Amat jelas hasil kajian tersebut bertujuan untuk menggubal undang-undang mengiktiraf golongan transgender di Malaysia. SUHAKAM seperti sudah hilang arah tuju. Adalah amat malang dalam suasana negara sedang dilanda wabak COVID 19, SUHAKAM seperti mahu mengundang bala Allah dengan melaksanakan kajian untuk mengiktiraf golongan yang dimurkai Allah dan golongan yang diperakui melanggar batas kehidupan manusiawi seperti tercatat di Portal KKM dan dinyatakan oleh Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Apakah SUHAKAM kini sudah menjadi wadah perjuanagn dan mempromosi golongan LG-BT yang berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia sehingga sanggup menggadai kedaulatan negara?

Kewujudan LG-BT telah jelas bertentangan dengan fitrah manusia dan melanggar undang-undang negara. Apakah SUHAKAM mahu melahirkan golongan yang menentang agama dan melangar undang-undang?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 telah memutuskan bahawa:
“Seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan. Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.”

Adalah amat malang wang rakyat dibazirkan untuk perkara sia-sia seperti ini. Adalah diharapkan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) dapat mengkaji tindakan sewajarnya untuk membendung kesesatan ini dengan kadar segera. Saya juga mengharapkkan agar Perdana Menteri Malaysia segera bertindak menamatkan keahlian Pesuruhjaya SUHAKAM dan menggantikan mereka dengan individu yang lebih berintegriti dan membawa kembali SUHAKAM kepada tujuan penubuhannya. Ini bukan kali pertama SUHAKAM melakukan tindakan sia-sia.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor