Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kota Raja | Seorang mahasiswa tahun akhir di sebuah universiti tempatan iaitu Cik Auni dan kini sedang menjalani sesi latihan wajib selama 16 Jam sebagai sukarelawan amal bersama KRCAMALSELANGOR. Pendedahan diberikan terutama dalam situasi pandemik Covid-19. Pematuhan SOP dan keadaan ramai anggota masyarakat yang sedang diuji dengan kepayahan demi kepayahan.
Daripada Yahya bin Watsab, Baginda bersabda : “Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka.” (HR Tirmizi No: 2431)
PAS Kawasan Kota Raja berkongsi pengalaman,” “untuk menjadi sukarelawan bukanlah tugas yang mudah. Ia memerlukan komitmen dan disiplin yang tinggi, kefahaman yang jelas terhadap fungsi seorang sukarelawan amal dan bersedia menghadapi segala situasi yang berada di sekitarnya. Semoga Cik Auni akan berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang akauntan yang hebat serta sukarelawan amal yang berilmu dan istiqomah”.
“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling memberikan manfaat bagi manusia lain. Adapun amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah membuat muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan dari orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya. Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang muslim untuk sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beri’tikaf di masjid ini -masjid Nabawi- selama sebulan penuh.” (HR. Thabrani)
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor