Fasiliti dan agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti Pusat Kuarantin Negara (MAEPS), Hospital Shah Alam, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Hospital Sg Buloh, Hospital Banting, PPUM, Klinik Botanik Bukit Naga dan Jalan Kebun. Terdapat banyak NGO-NGO yang menghantar pelbagai bentuk sumbangan bagi menyokong dan menyuntik semangat kepada para petugas barisan hadapan negara.
Sebagaimana maklum, hospital-hospital dan kakitangannya kini sedang berhadapan tugas berat dan bekerja melebihi paras biasa. Mereka sedang kepenatan kerana bekerja ‘Double Shift’ dan kekurangan rehat. Peningkatan kadar jangkitan Covid-19 harian juga menyebabkan wad sesak, ICU penuh dan kadar kematian harian meningkat mendadak.
Menurut KRCAMALSELANGOR, Program Santuni Frontliners ini akan diteruskan tanpa henti sehinggalah keadaan di hospital dan pusat kuarantin kembali stabil. Bersama kita doakan kebaikan untuk para frontliners dan negara kita agar kembali pulih daripada ancaman Covid-19.