Home Berita PAS Selangor

Program AD4C : serahan kit bantuan makanan – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang

116
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Ampang | Sejak “Total Lockdown 3.0” dilaksanakan yang bermula pada 1 Jun 2021, pihak Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang (JAMKA) telah menerima hampir 50 permohonan kit bantuan makanan daripada mereka yang amat memerlukan kerana berada dalam keadaan yang susah dengan kehabisan sumber makanan.

Menurut Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang, kebanyakan pemohonan rata-rata memberitahu telah kehilangan perkerjaan dan sumber pendapatan semenjak bermulanya ‘Total Lockdown’. Tak kurang juga yang jatuh sakit atau yang dikuarintin disebabkan virus Covid-19, malah ada juga ahli keluarga yang merupakan tempat mereka bergantung hidup, telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, mereka telah berjaya menyerahkan 3 kit bantuan makanan kepada 3 orang penerima;

1. Penerima pertama adalah seorang pemuda yang telah kehilangan kerja, tinggal berdua bersama ibu beliau di Kg Lembah Jaya Selatan. Akibat ibunya yang jatuh sakit beliau terpaksa memohon bantuan bagi mengurangkan beban yang beliau sendiri hadapi.

2. Penerima kedua adalah seorang ibu tunggal yang berkerja sebagai pembantu sekolah. Mempunyai 2 orang anak yang masih kecil, tinggal di Kg Ampang Indah. Jabatan Amal Ampang telah menyumbang 1 kit bantuan makanan asas bersama pampers dan susu.

3. Penerima ketiga adalah seorang Ibu tunggal yang berkerja sebagai tukang pembersih. Beliau tinggal bersama 3 orang anaknya yang masih berlajar. Menyewa rumah RM550 sebulan di Taman Mulia Jaya. Menerima 1 kit bantuan makanan, beras 10 kg dan 1 paket susu.

Kepada individu yang ingin menyampaikan sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut;

No Akaun : 8604427663
Nama : JAM AMPANG VENTURES
Bank : CIMB ISLAMIC BANK

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor