Oleh : Rusman Kemin
Kejayaan anak muda, Syarifuddin bin Azman di peringkat antarabangsa ini telah mengharumkan nama negara dalam dunia pemotoran.
Keazaman yang kuat disertai dengan latihan yang luar biasa menghasilkan kejayaan yang luar biasa. Belia yang digelar “Damok” ini harus dijadikan contoh oleh anak-anak muda lain dalam negara ini.
Kami rakyat Malaysia tumpang gembira dan mengucapkan tahniah kepada Syarifuddin yang telah merangkul gelaran juara dalam pertandingan “CEV Moto3 Remaja Dunia” di Litar Catalunya, Sepanyol semalam.
Tahniah juga kepada keluarga, jurulatih dan semua pihak yang telah membantu dari mula hinggalah mencapai kejayaan yang gemilang.
PAS Johor mendoakan, semoga Syarifuddin terus bersungguh-sungguh berlatih sebagai persiapan untuk menghadapi pertandingan yang lain dan istiqomah memberi contoh terbaik, bukan sekadar cemerlang dalam sukan tetapi juga berakhlak mulia dan berpegang teguh dengan ajaran agama.
Terima kasih kerana mengharumkan nama Malaysia dipersada dunia.
Penulis merupakan Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor (BPPNJ)