“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Bangi | Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor (JAMNS), Shehdi Hazrik Shamsudin menyatakan, sebanyak 50 kotak sumbangan makanan keperluan dapur telah diserahkan oleh MAPIM, Malaysian Consultative Council for Islamic Organization kepada Jabatan Amal Negeri Selangor. Sumbangan ini bertujuan menyantuni anggota-anggota Amal yang terkesan atau dijangkiti Covid-19.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh wakil Mapim Syahir Shahrumi kepada Pengarah Jabatan Amal Negeri Selangor (JAMNS), Shehdi Hazrik Shamsudin di Ummah Centre Warehouse Bandar Sunsuria, Dengkil.
Pihak JAMNS merakamkan ucapan terima kasih buat Dr Ahmad Sani Araby, CEO MAPIM dan seluruh pimpinannya diatas sumbangan dan tanda ingatan mereka buat anggota Amal dan keluarga mereka yang terkesan.
Menurut beliau, sebelum ini beberapa kerjasama antara MAPIM dan Jabatan Amal telah dilaksanakan dan diharapkan ia dapat diteruskan bagi kepentingan Ummah terutama ummat Islam seluruh dunia.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor