Home Berita PAS Selangor

Edaran pek makanan asas – PAS Kawasan Selayang

134
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | PAS Kawasan Selayang menyedari betapa PKP dan pandemik COVID-19 yang melanda negara ini sangat terkesan kepada anggota masyarakat. Dalam usaha untuk memastikan “survival” dapat diteruskan.

YDP PAS Kawasan Selayang Tuan Hj Zaidy Abdul Talib ketika dihubungi memaklumkan bahawa team PAS Selayang terus bergerak mengedarkan sumbangan pek-pek makanan asas walaupun tanpa apa-apa peruntukan diperoleh bagi membantu meringankan beban mereka yang terkesan.

Hampir 50 pek sumbangan makanan asas sudah diedarkan di sekitar Dun Taman Templer bermula awal PKP 3.0 ini kepada keluarga yang memerlukan.

Team PAS Selayang juga telah mula menyerahkan sumbangan susu dan pampers kepada keluarga-keluarga yang memiliki anak kecil dan terjejas disebabkan PKP ini.

Masih ada lebih 150 pek lagi yang berbaki akan mereka edarkan segera kepada penerima di Selayang ini. Mari kita sama-sama doakan agar Team PAS Selayang dapat membantu mereka yang memerlukan di seluruh kawasan Selayang.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor