“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Tanjong Karang | Berdasarkan laporan Jabatan Amal Tanjong Karang, mereka telah menerima permintaan daripada tuan rumah yang merupakan mangsa kebakaran di Kg Haji Razali, Tanjong Karang untuk keperluan khemah bagi tempat berteduh sementara susulan rumah yang didiami terbakar.
Jabatan Amal Kawasan Tanjong Karang bersama PAS Kawasan telah turun untuk misi bantuan segera dengan membawa sebuah khemah kanvas dan barangan keperluan asas yang diperlukan.
Antara kerja yang telah dijalankan merangkumi;
1. Pemasangan khemah sementara
2. Penyambungan salur air baru
3. Kerja mematikan sumber wayar elektrik
4. Bantuan bekalan barangan keperluan
Jabatan Amal Tanjong Karang juga mengucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang yang turut membantu memasang khemah serta menghantar keperluan asas kepada mangsa.
Agensi berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor dan Bomba turut hadir bagi memberikan bantuan sebentar tadi. Semoga segala bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan sedikit beban kepada mangsa yang terjejas.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor