Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak
Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | PAS Kawasan Gombak menyedari penularan pandemik Covid-19 sudah menjadi hampir parah ketika saat ini. Ikhtiar perlu dilakukan semaksima mungkin. Masyarakat awam sudah dimaklumkan tentang ikhtiar kerajaan melalui program vaksinasi kebangsaan yang ketika ini sudah hampir tamat fasa ke-2 iaitu untuk pemvaksinan warga emas.
PAS Kawasan Gombak menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama kita mendapatkan vaksin sebagai ikhtiar kita bersama. Menurut mereka, ini adalah ikhtiar kita waktu ini dan ianya pula telah disokong oleh ulama-ulama dalam negara mahupun luar negara. Kita juga diseru agar usaha kerajaan untuk mencapai 80% rakyat Malaysia yang bervaksin tercapai.
Maka marilah kita bantu kerajaan dan para frontliners negara dengan menyahut seruan mereka untuk mengambil vaksin. Semoga dengan segala pengorbanan para barisan hadapan dan komitmen seluruh rakyat Malaysia akan membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini iaitu kembali kepada rutin kehidupan kita seperti sediakala, InshaAllah.
PAS Kawasan Gombak mengajak, “Jom raikan poster sokong vaksin sahabat semua. Lindung diri, lindung semua dan bagi yang belum mendaftar, daftarlah segera”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor