Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Batu Arang | Berdasarkan laporan, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) telah membuat satu laporan polis di IPD Batu Arang berhubung kes seorang instafamous dan usahawan kosmetik transgender, Safiey Ilias yang membuat komunikasi lucah di ‘Instagram Live’ bersama dua kanak-kanak lelaki bawah umur.
Menurut Puan Norazlin bt Md Shamsuddin yang telah membuat laporan polis mewakili DMPNS, mendesak agar tindakan undang-undang dikenakan ke atas Safiey Ilias bersama seorang lagi rakannya kerana perbuatan tersebut telah menyanggah moral dan undang-undang di bawah kesalahan Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana berkongsi dan/atau menyebarkan kandungan lucah terhadap kanak-kanak.
Beliau akhiri kata dengan penegasan, “Tindakan tersebut yang terang lagi nyata menyanggahi syariat Islam serta tatasusila kesopanan dan kesusilaan negara memberi impak buruk merosakkan minda dan akhlak kanak-kanak di bawah umur”.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor