Home Berita PAS Selangor

Tabung bantuan Covid-19 – PAS Kawasan Bangi

314
SHARE

May be an image of 1 person and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Ekonomi negara telah terjejas dengan teruk akibat wabak Covid-19 ini. Impak ini juga terkesan kepada peniaga-peniaga kecil, buruh harian, pekerja kilang dan sebagainya. Kerajaan terpaksa mengambil inisiatif PKP ataupun ‘lockdown’ secara menyeluruh di seluruh negara berikutan kes yang semakin mengganas .

‘Lockdown’ secara telah menyeluruh membuatkan ramai rakyat yang kehilangan kerja dan terjejas pendapatan. Aktiviti ekonomi rakyat akan terjejas teruk lebih-lebih lagi peniaga kecil dan pekerja gaji harian.

“Bagi mereka yang bekerja di sektor swasta, lebih-lebih lagi yang bekerja sendiri, memang amat terkesan. Mari sama-sama bantu mereka mengharungi tempoh perit wabak ini.” Hulurkanlah sumbangan anda semua. Rezeki untuk dikongsi bersama” seruan kenyataan PAS Bangi.

PAS Kawasan Bangi telah melancar Tabung Bantuan Covid-19 sebagai inisiatif membantu rakyat yang berada dalam kesusahan atau kesempitan. Maka, sumbanglah kepada kami kami agar kami sampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga dengan sumbang semua dapat kita berkongsi kesenangan bersama-sama mereka yang memerlukan dan juga semoga Allah membalas jasa kita semua yang menyumbang dijalan-Nya, dikurniakan keamanan dan keharmonian negara seperti dahulukala InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor