“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor
Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi
Kota Raja | Dewan Himpunan Pendukung PAS Kota Raja meneruskan kerja-kerja kebajikan menyantuni masyarakat dikalangan kaum India yang terkesan dan terjejas akibat tiada pekerjaan tetap dan hanya menerima gaji harian. Apabila berlaku “Lockdown” sebahagiannya tiada pendapatan untuk menyara hidup.
Ketua DHPP Kota Raja Cikgu Rajan Manikesavan ketika dihubungi memaklumkan pihak beliau turut menyantuni warga OKU yang juga hilang punca pendapatan. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Koperasi Sahabat Usahawan Kota Raja, melalui Tuan Hj.Mohamed Diah yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Kota Raja.
“Sumbangan yang disampaikan melibatkan kawasan Hulubalang, Dato Yusof Shahbbin dan Taman Indah, Taman Sentosa Kota Raja. PAS tetap meneruskan kerja-kerja Kebajikan Rakyat samada menang atau kalah bahkan itu slogan yang kami ucapkan kepada setiap penerima sumbangan”, ujar beliau lagi yang juga merupakan Naib Ketua DHPP Selangor.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor