Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kuala Langat | Ketika negara dilanda musibah yang dahshat bahkan di serata dunia, angka kematian meningkat saban hari. Sebagai seorang muslim, hidup dalam negara majoriti muslim dan agama rasmi Persekutuan juga adalah Islam, sudah tentu jalan terbaik saat ini adalah mendidik rakyat kembali berpaut pada Allah SWT.
Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Mohamed Sukri Omar ketika dihubungi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap rancangan hiburan di television yang disiarkan baru-baru ini. Beliau menegur YB Saifuddin Abdullah selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia bahawa program TV seperti ini tidak membuatkan rakyat Malaysia terbela. Peruntukan RM6 juta untuk hiburan sepatutnya lebuh wajar agar disalurkan kepada penjaja-penjaja kecil dan mereka yang benar-benar terjejas.
Menurut kenyataan beliau “RM6 juta tersebut jika dibahagikan kepada 222 Parlimen pastinya ramai rakyat dapat dibantu. Rakyat bukan kekurangan hiburan tetapi kekurangan pendapatan”.
“Program TV seperti ini melibatkan ramai orang dan tidak sewajarnya diadakan, di kala masjid dan surau masih terhad jumlah jemaahnya. Apakah YB Saifuddin kehilangan rasa simpati pada kesusahan rakyat”, sambung beliau.
Beliau akhiri kata, “saya mengesa program-program hiburan seperti ini dihentikan. Perbanyakanlah munajat dan doa serta program-program kebajikan membantu rakyat. Berikan arahan pada semua stesen televisyen untuk patuhi SOP yang ditetapkan”.
Moga dengan melaksanakan perkara di atas, Allah mengangkat wabak penyakit ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor