Home Berita PAS Selangor

Keutuhan negara : Asas jalinan institusi raja dan rakyat jelata – Ketua Penerangan PAS Selangor

126
SHARE

May be an image of 3 people and text that says "PASSILANGOR DARI MEJA KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR KEUTUHAN NEGARA ASAS JALINAN INSTITUSI RAJA DAN RAKYAT JELATA USTAZ SYARHAN HUMAIZI HALIM KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR #BudayaPolrikMatangdanSejahtera terusistiqomah LAJNAH PENERANGAN & MEDIA BARU BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR Demilslam #IslamMemimpinPerpaduan"

Dari Meja Ketua Penerangan PAS Selangor | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Us. Syarhan Humaizi Halim
Ketua Penerangan PAS Selangor

Semenjak Negara Malaysia merdeka pada tahun 1957, bahkan sebelum merdeka lagi, tanah bumi berkat ini penduduk asalnya didiami oleh orang melayu dan ditadbir di bawah Raja-Raja Melayu. Setelah itu, kedudukan Raja-Raja Melayu di institusikan berada di bawah Institusi Beraja yang menjadi tiang seri kepada kedaulatan negara.

Tanah bumi berkat ini ada penduduk asalnya. Penduduk asalnya adalah orang melayu. Sama juga negara-negara lain seperti Negara India. Walaupun ada bangsa lain yang mendapat kerakyatan, namun tetap tanah bangsanya disebut milik orang India.

Begitu juga Negara China. Asal bangsa pribuminya adalah orang Cina. Keadaannya sama negara di seluruh dunia. Namun tanah bumi berkat ini dikongsi hidup bersama dengan rumpun bangsa yang berbeza. Hidup dengan harmoni dibawah payung Institusi Raja.

Institusi Raja dan rakyat jelata yang berbilang kaum punyai asas jalinan yang kukuh dalam negara. Hubungan Raja dan rakyat jelata terbina tanpa ada nilai prejudis, pra sangka, iri hati apatah lagi meniupkan api kebencian terhadap Institusi tertua dalam negara ini.

Sebagai rakyat jelata yang berbilang kaum, berkongsi hidup secara harmoni di atas tanah bumi berkat ini, marilah sama-sama menjaga asas kepada keutuhan Negara ini. Iaitu Institusi Raja dan rakyat jelata. Kita pertahankan, kekalkan jalinan ini. Pelihara warisan datuk nenek moyang kita demi kesejahteraan negara.

26 Syawal 1442H | 8 Jun 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor