Home Berita PAS Selangor

Sumbangan berjumlah RM 50 ribu telah diserahkan kepada (PKRC) di MAEPS – Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

103
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) dengan kerjasama beberapa NGO di bawah penyelarasannya hari ini telah menyampaikan sumbangan kepada petugas Barisan Hadapan dan pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Sumbangan kali ini berupa 13 buah laptop, pakaian perlindungan (PPE) termasuk barangan keperluan lain yang berjumlah RM50 ribu telah disumbangkan oleh 12 NGO, dibawah penyelarasan Khidmat Malaysia Selangor.
Menurut Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin selaku Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Selangor, sumbangan yang digerakkan di bawah penyelarasan Khidmat Malaysia Selangor kali ini melibatkan 12 NGO antaranya Yayasan Amal Selangor, Syabab Care, Papisma, DAIE, Bekawanis, Kaseh, KWIK, Akademi An Najah, Sahabat Sihat Selangor, Akrine Care, Assakinah dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor.

Serahan barangan sumbangan telah dibuat oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Yunus Hairi, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor bersama Pengerusi Khidmat Malaysia kepada Pengarah PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, Dr. Shahabuddin bin Ibrahim.
Barang keperluan yang sentiasa diperlukan adalah seperti topeng muka “face mask”, “face Sheild”, baju PPE, makanan segera, biskut, air mineral, air kotak, lampin pakai buang dan juga barang kebersihan diri seperti sabun mandi, ubat gigi, berus gigi dan sebagainya.

Sumbangan orang ramai bagi membantu bersama dalam usaha ini boleh diserahkan dalam betuk barangan atau wang ringgit kepada mana-mana NGO di bawah penyelarasan Task Force Khidmat Malaysia Negeri Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor