Home Berita PAS Selangor

PH bukan kuat PRU14 : undi melayu pecah dua – PAS Kawasan Kuala Langat

213
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "KENYATAAN ALMARHUM TG NIK AZIZ INI DIBUAT KETIKA ZAMAN TUN ABDUL RAZAK MENJADI PM Perpaduan ahli PAS, UMNO dalam Barisan satu nekmat besar Nik Aziz aind- Machang) lan Chra) 스 KETIKA MAHATHIR MULA BERKUASA HUBUNGAN AKRAB PAS UMNO MENJADI BURUK DAN PUTUS jadi SIAPAKAH DALANG PERMUSUHAN ANTARA PAS DAN UMNO?"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kuala Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kuala Langat | PH bukan kuat pada PRU14, cuma PAS dan UMNO berpecah yang mengakibatkan undi melayu pecah dua.

1. Sekarang PAS sudah adakan hubungan tahalluf siasi dengan UMNO melalui Muafakat Nasional.

2. MN telah berjaya menyatukan kembali dua parti besar orang melayu yang sekian lama menjadi tunjang sokongan orang melayu. orang melayu aliran nasionalisme ramai sokong UMNO manakala orang melayu aliran agama Islam ramai sokong PAS.

3. Dengan wujudnya MN, maka satu gabungan kuat yang lebih besar akan kembalikan satu kuasa luar biasa dwipolitik di Malaysia. inshaAllah undi melayu akan bersatu menyokong blok MN.

4. MN akan ditakuti oleh DAP dan sekutunya sehinggakan pelbagai usaha dilakukan untuk mengagalkan MN.

5. InshaAllah, jika berlaku PRU15, maka MN akan menguasai kembali sinario politik Malaysia dengan satu kuasa politik yang kuat dan mantap.

6. Sebab itulah PH tidak berani sebut lagi perkataan bubar parlimen kerana mereka sedar sokongan pengundi melayu telah bartambah kuat menyokong MN.

7. MN jagalah baik-baik hubungan anda, ini merupakan satu nikmat besar yang ALLAH berikan dalam senario politik malaysia. ayuh anak muda kita sokong MN.

“Muafakat Nasional Akan Kembalikan Kegemilangan Politik Melayu Di Malaysia”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor