Home Berita PAS Pahang

Kuarantin: 300 keluarga dikuarantin di Beserah dan Sungai Karang terima bantuan

456
SHARE

Oleh: HABSAH ALI

INDERA MAHKOTA, 4 Jun: Seramai hampir 300 keluarga di seluruh mukim Beserah dan Sungai Karang telah menerima bantuan tunai dan barangan dapur dari Kerajaan Negeri Pahang.

Bantuan ini diberi kepada mereka yang dikenakan arahan kuarantin antara 20 Mei hingga 1 Jun 2021.

Institusi yang terlibat dalam pengagihan ini adalah Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan, Angkatan Pertahanan Awam, Pusat Khidmat DUN Beserah, Pejabat-Pejabat Penghulu Mukim serta Tok Empat dan JKKK kesemua kampung terlibat.

“Agehan kepada 300 keluarga ini dilakukan melalui pecahan sepuluh kumpulan yang melibatkan pelbagai institusi di atas dan bergerak dari rumah ke rumah merangkumi penempatan dari Pelindung hingga ke Chendor” kata ADN Beserah Andansura Rabu.

“Kesemua kumpulan diiringi anggota-anggota polis bagi memastikan keselamatan dan pematuhan SOP.

“Saya bangga dengan kerjasama bersepadu ini daripada semua pihak dalam memastikan bantuan dapat disampaikan secara terus dalam tempoh perintah PKPD ketika ini” katanya lagi.

Andansura Rabu yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang merakamkan ucapan syabas kepada kerajaan Negeri Pahang di atas usaha berterusan menyediakan bantuan kepada ahli masyarakat yang terkesan dengan krisis pandemik Covid-19 pada hari ini.

Ucapan penghargaan juga kepada semua agensi yang terlibat di atas komitmen dan tanggungjawab yang diberikan.