Home Berita PAS Selangor

Khidmat Malaysia terus menyantuni rakyat – Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor

59
SHARE

INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kapar | Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Selangor Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh yang juga merupakan penggerak utama Khidmat Malaysia Selangor bersama NGO Daie turun padang menyatuni penduduk setempat di Kapar, diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh sendiri bersama pimpinan Kawasan.
Menurut kenyataan beliau, antara penerima ialah keluarga AlMarhum Wan Abdul Rahim yang meninggalkan seorang isteri Puan Roziah Nordin dan lapan orang anak. Kesemua anak arwah masih belajar. Isteri arwah pula baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah setelah menjalani pembedahan.
“Sumbangan yang telah diberikan adalah dalam bentuk barangan dapur dan juga TAB Samsung untuk kegunaan anak-anak dalam PdPR. Semoga keluarga ini dan keluarga yang lain terus tabah dan redha dalam menghadapi ujian Illahi dan juga semoga segala bantuan yang diberikan dapat meringankan sedikit bebanan keluarga” sambung kenyataan beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor