Home Berita PAS Selangor

Rayuan sumbangan berterusan buat ahli PAS Gombak positif COVID-19 – PAS Kawasan Gombak

130
SHARE

May be an image of text that says "Sumbangan Prihatin Dan Peduli Ahli dijangkiti Wabak Covid-19 2021 Dukacita dimaklumkan bahawa PAS KAWASAN GOMBAK menerima khabar terdapat ramai dikalangan Ahli PAS Gombak telah dijangkiti Virus Covid-19 sehingga ada yang membawa kepada kematiaan. Sehubungan itu bagi meringan dan berkongsi kesedihan keluarga terlibat, BERSAMA KITA HULUR SEDIKIT SUMBANGAN untuk disalurkan kepada mereka dan keluarga. Tuan Hj. SILA KEMASKINI MAKLUMAT KEPADA LAJNAH KEBAJIKAN PAS KAWASAN GOMBAK -019-3507803 (Kawasan Cawangan) -013-2740636 (Pemuda) Pn. Masita-012-6290219 (Muslimat) Maybank Untuk Serahan Sumbangan 5647 1867 Tabung Kebajikan Komuniti PAS (Rujukan Derma Covid-19) #KitaJagaKita #Selfl ockdown #IunaiKewaipanTerhadapSaudakKita"

Khabar PAS Kawasan Dari Gombak | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi
Gombak | Menurut kenyataan PAS Kawasan Gombak, mereka telah dimaklumkan seramai lebih 60 orang dan keluarga Ahli PAS Gombak diuji oleh Allah SWT dengan positif Covid-19. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak PAS Cawangan dan dijangka angka ini akan bertambah lagi.
“Namun sumbangan yang diterima oleh Tabung Kebajikan Komuniti PAS masih terlalu kecil berbanding jumlah sumbangan yang dicadangkan untuk diberikan kepada pesakit Covid-19 & keluarga mereka yang terkesan” berdasarkan kenyataan tersebut.
“Sehubungan itu dengan penuh rendah diri, PAS Kawasan Gombak merayu sumbangan daripada tuan dan puan buat dihulur kepada sahabat-sahabat kita yang diuji dengan jangkitan & ujian wabak Covid-19” sambungan kenyataan itu lagi.
InshaAllah mungkin dengan sebab sumbangan yang kita kongsikan bersama, menjadi antara sumber kekuatan buat mereka melawan sakit yang dihidapi sehingga membawa kepada kesembuhan dan penawar duka kepada kaum keluarga dengan keprihatinan kita sesama jemaah.
“Ayuh sumbang dan sebarkan usaha ini kepada ahli-ahli”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor