“Bingkisan Rida’ Di Bahu” | Dewan Ulama PAS Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Shah Alam | Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor dalam sebuah hantaran media sosial menyeru seluruh Ahli PAS dan Muslimin serta Muslimat agar mendaftar dan hadir temujanji untuk diberikan vaksin sebagaimana yang disarankan oleh pihak Kerajaan Malaysia.
Menurut kenyataan tersebut, sehingga kini seramai separuh daripada Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor telah divaksin dan bakinya masih menunggu giliran temujanji.
Hukama’ ada menyatakan, ” Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.”
Semoga kita semua dilindungi Allah daripada penyakit COVID-19 dan pesakit agar dipulihkanNya seperti sediakala. Amiin.
Sekretariat Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor