Home Berita PAS Selangor

DHPP Selangor kehilangan seorang ahli yang komited – Ketua Penerangan DHPP Selangor

113
SHARE

May be an image of 1 person and text

“PAS For All” | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Pandan | Dewan Himpunan Pendukung PAS Negeri Selangor menerima perkhabaran mendukacitakan apabila seorang ahli DHPP yang sangat komited telah meninggal dunia.

Menurut Saudara Harii Khana selaku Ketua Penerangan DHPP Selangor ketika dihubungi memaklumkan bahawa beliau iaitu Mr Jospeh A/L Anthony Samy merupakan ahli DHPP Kawasan Pandan. Beliau telah meninggal dunia pada 02/06/2021 iaitu hari Rabu pada jam 6.30 pagi di kediaman beliau di Pandan Mewah Apartment, Pandan Selangor. Beliau meninggal disebabkan mengalami sakit jantung.

Seluruh ahli DHPP Selangor amat merasa sedih atas pemergian beliau. Kehilangan beliau sangat dirasai kerana beliau sangat aktif dengan kerja-kerja DHPP dan gerak kerja perjuangan PAS itu sendiri.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor