Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar AL-Hayawi
Memetik kenyataan media Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hanafi Zulkapli, mengucapkan tahniah kepada kerajaan PN atas keprihatinan kepada kepentingan rakyat.
“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Selangor ingin merakamkan jutaan terima kasih buat pimpinan PAS yang berada didalam kerajaan yang saya cukup yakin para pimpinan lebih berprinsip dan berpendirian berkaitan dengan isu ini” ujar beliau.
“Sebagai sebuah parti yang berada dalam kerajaan hari ini marilah sama-sama merakamkan jutaan terima kasih buat semua pimpinan kita yang berada didalam kerajaan”.
“Begitu juga saya cukup yakin dengan semua kepimpinan rakan-rakan politik dalam kerajaan juga memainkan peranan yang cukup besar dengan keputusan ini” sambung beliau lagi.
“Terima kasih kerajaan Perikatan Nasional atas keputusan dan tindakan yang sentiasa mendengar keluhan dan menjaga sensitiviti rakyat” sambung beliau mengakhiri bicara.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor