Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kuala Langat | Sumber Berita Perdana Negara, Sambutan ulang tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-62 pada tahun lepas disambut dengan norma baharu, tidak seperti kebiasaannya. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, “Oleh kerana kita di dalam PKPB, sambutan tidak seperti kebiasaan yang kita buat. Tiada istiadat perbarisan, tiada perhimpunan yang ramai”.
“Perutusan kepada tentera udara pun disampaikan secara maya sahaja. Jadi inilah normal baharu yang terpaksa dipatuhi semua termasuk anggota TUDM dalam meraikan ulang tahun mereka,” kata beliau dalam sidang media tahun lepas. Oleh itu, pada tahun ini kita masih belum bebas daripada cengkaman wabak Covid-19 dan kita harus adakan segala sambutan hanya melalui maya sahaja.
Memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi yang turut mengambil kesempatan mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia ke-63”. “Tema sambutan iaitu ‘TUDM Mampan, Ruang Angkasa Aman’ pastinya menyemarakkan semangat warga TUDM untuk menjaga amanah supaya sentiasa terpelihara dalam keadaan siap siaga”, kata beliau lagi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor