Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Ulang Tahun ke-63 TUDM – BPPWP

377
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad, Panglima Tentera Udara dan seluruh warga TUDM atas sambutan ulang tahun TUDM kali ke-63.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah salah satu sayap pertahanan negara yang amat kita banggakan atas kesetiaan melindungi keselamatan ruang udara tanah air yang kita cintai ini.

Semoga TUDM terus diberi kekuatan dan dipelihara Allah dalam melaksanakan tugas seterusnya menjadi sayap pertahanan yang disegani di peringkat antarabangsa.

Siiru ‘ala barakatillah.

“TUDM Mampan, Ruang Angkasa Aman”

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

“Wilayah Sejahtera”

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
1 Jun 2021 l 20 Syawal 1442H