WANGSA MAJU 1 JUN – PAS Kampung Setia Jaya telah menyampaikan 15 bakul makanan hasil sumbangan Wanita Perikatan Nasional (PN) Malaysia melalui YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh disini semalam.
Agihan ini bertujuan untuk meringankan beban yang dihadapi masyarakat di Kg. Setia jaya.
Saya amat berterima kasih kepada YB Kak Nuri atas sumbangan yang diberikan kerana kita telah menjadi sebahagian daripada kerajaan dan bantuan haruslah diberikan kepada golongan sasar agar mereka kurang merasa beban ketika ini. Ujar Haji Zainal Abidin juga merangkap Ketua Cawangan PAS disitu.
Selain daripada golongan sasar yang dipilih, PAS Kg. Setia Jaya turut memberi kepada mereka yang masih dalam kuarantin akibat positif COVID-19.
Tambah Tuan Haji, “Kita mengharapkan ada lagi sumbangan yang akan diberikan melalui kami dan kami akan pastikan sesiapa sahaja yang memerlukan akan kami beri, insyaAllah.”