Home Berita PAS Selangor

PAS Hulu Klang sampaikan sumbangan mangsa COVID-19 – PAS DUN Hulu Kelang

62
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Selain mangsa COVID-19 yang di bawa ke Pusat Rawatan samada di hospital atau Maeps Serdang, ada sebahagian mereka yang kuarantin di dalam rumah. Barangkali selepas swab di klinik swasta, keadaan mereka tidak kritikal atau tidak mempunyai simptom, pihak KKM benarkan untuk menjalani kuarantin di rumah.
PAS DUN Hulu Kelang mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan keperluan barangan asas kepada mereka. Mereka tidak boleh keluar dari rumah disebabkan memakai gelang “pink”, sudah tentu berhajat kepada keperluan dapur dan sebagainya.

Sumbangan bantuan COVID-19 disampaikan kepada masyarakat setempat dan khususnya lagi kepada ahli PAS. Semoga kita semua terhindar dari ujian besar COVID-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor