Home Berita PAS Selangor

Perutusan takziah atas pemergian SS mufti Perak – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

187
SHARE

May be an image of 1 person and text

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya ahli keluarga Allahyarham Sohibus Samahah Tan Sri Dato Seri Dr Haji Harussani Zakaria Mufti Negeri Perak yang telah kembali kerahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika usinya 82 tahun.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat negara. Allahyarham ibarat Permata kepada negara. Sepanjang kehidupannya telah banyak menyumbang ke arah ketinggian syiar Islam di dalam negara kita. Didoakan semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada ahli keluarga Allahyarham dan ditempatkan Allahyarham bersama para solihin.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor